«

»

Dec 27 2012

Print this Post

Rayuan Tingkatan 1 Sekolah Rancangan Khas Negeri Perak

Salam Warga SMK Jati, Ipoh

Permohonan rayuan bagi kemasukan ke Tingkatan  satu (1) Sekolah Rancangan Khas Negeri Perak (SMK Raja Permaisuri Bainun, SMK Taman Tasik, SMK Raja Perempuan, SMK Anderson) boleh dibuat melalui sekarang sehingga 8.1.2013. Rayuan mestilah terdiri daripada pemohon yang tidak berjaya ditawarkan tempat dan telah memohon secara atas talian.

Syarat-syarat permohonan rayuan adalah seperti dibawah:-

1) Warganegara Malaysia
2) Murid Sekolah Kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Murid sekolah rendah yang bukan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia tidak dipertimbangkan.
3) Mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012 sebagai keutamaan dan minimum 4A 1B untuk layak dipertimbangkan.
4) Aktif dalam bidang kokurikulum.

Borang rayuan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan keputusan peperiksaan UPSR 2012 yang telah disahkan dan dihantar alamat di bawah:-

Jabatan Pelajaran Perak,
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh.
(u.p.: Unit Sekolah Menengah)
 

Sekian dimaklumkan.

Permanent link to this article: http://www.smkjati.edu.my/?p=440